Jom bantu Azhar: Motosikal diperlukan untuk kerja amal kepada haiwan jalanan

Short Story

Kami membuka kempen ini untuk mengumpul dana bagi membantu saudara Azhar.  Kami berharap agar dapat membeli  sebuah motosikal baru buat saudara Azhar  agar memudahkannya bergerak dalam melakukan kerja amalnya ke tempat-tempat yang jauh seperti R&R dan lebuhraya dimana tempat-tempat tersebut didapati banyak haiwan (terutama kucing) yang ditinggalkan atau dibuang oleh pemilik-pemilik haiwan yang tidak bertanggungawab.

Kesukaran mendapat bekalan makanan dan air itulah menyebabkan saudara Azhar tidak sampai hati meninggalkan haiwan-haiwan kelaparan, dahaga atau sakit di setiap tempat perhentian yang dia berteduh.

Jom bantu Azhar: Motosikal diperlukan untuk kerja amal kepada haiwan jalanan

by Angie Chin

  • Funding Goal

    RM5,000.00

  • Funds Raised

    RM5,000.00

  • Days to Go

    0 d

  • Campaign End Method

    Target Goal

Raised Percent :
100.00%
The campaign is successful.

Angie Chin

Kuala Lumpur, Malaysia

4 Campaigns | 0 Loved campaigns

See full bio

TENTANG KEMPEN INI

Dia tidak meminta bantuan dan jauh sekali menyuruh kami membuka kempen khas ini untuknya. Kami menghubungi saudara Azhar (nama penuh Mohamad Azhar Alias) secara peribadi selepas mengikuti kisahnya dilaman Facebook.

Hati kami terdetik untuk membantunya kerana bukan sahaja dia melakukan dua kerja untuk menambah pendapatan keluarga, dia juga mencuba sedaya upaya menunggang motosikal ke tempat-tempat yang jauh seperti R&R dan lebuhraya dimana didapati banyak haiwan (terutama kucing) yang ditinggalkan dan dibuang oleh pemilik-pemilik haiwan yang tidak bertanggungawab.

Ibu kucing dan anak-anaknya ditinggalkan kelaparan oleh bekas pemilik. 

Pada suatu ketika, haiwan jalanan ini mempunyai ‘keluarga’ namun apabila mereka sakit atau beranak terlalu banyak, mereka dianggap menyusahkan lalu dibuang begitu sahaja. Tidak terdetik dihati pemilik-pemilik ini bagaimanakah mereka mencari makan dan minum.

Setiap kali bekerja, Azhar tidak sanggup membiarkan haiwan jalanan ini lapar. Setiap kali selepas melakukan tugas mengutip sampah dimana dia mendapat upah, dia tidak pernah lupa untuk memberi makan dan minum kepada haiwan2 ini.

Anak kucing dijumpai dilebuh raya.

Ada juga orang ramai yang baik hati yang mengikuti kisahnya yang membantunya mencari keluarga baru untuk haiwan yang sangat memerlukan. Dia juga membawa haiwan yang cedera teruk untuk diubati di klinik haiwan.

KISAH AZHAR DI MEDIA

Kesungguhan Azhar dalam memastikan haiwan yang ditinggalkan ini tidak lapar, dahaga atau sakit juga mendapat liputan dari pelbagai media.

Antaranya adalah:

MALAY MAIL

WORLD OF BUZZ

MSN.COM

SAYS.COM

ROJAK DAILY

HARIAN METRO

YAHOO NEWS

BANTUAN YANG DIPERLUKAN 

Memandangkan motosikal yang sedia ada (yang dibelinya pada tahun 2006) sering memberinya masalah dan haiwan yang selalu bergantung kepadanya akan menunggunya setiap hari dengan setia untuk diberi makan dan minum, kami berharap orang ramai boleh bantu saudara kita ini.

Pada masa ini dia hanya mampu menyewa motosikal dengan gajinya yang sedikit. Kadangkala dia meminjam motosikal pakciknya untuk memudahkan dia bergerak.

Motosikal lama saudara Azhar yang dikini rosak.

Bantuan yang kami ingin hulurkan bukanlah beratus ribu, hanya RM5000 sahaja untuk membantunya membeli sebuah motosikal baru agar memudahkan pergerakannya dalam kerja kerja amal terhadap haiwan jalanan.

Selebihnya kami akan salurkan untuknya bagi pembelian makanan haiwan dan pembayaran bil veterinari sekiranya ada atau diperlukan. Resit pembelian itu juga akan kami lampirkan untuk misi ini.

Sudilah sekiranya penderma ringankan beban ini agar senang saudara Azhar terus berjuang dan membantu haiwan jalanan yang ditinggalkan sakit dan lapar.

BANTUAN BERMULA DARI RM10 SAHAJA

Ya. Sumbangan ikhlas bermula dari RM10 sahaja. Setelah dana yang diperlukan itu cukup, kami akan menutup kempen ini.

Kami akan memantau pembelian motosikal baru dengan kedai yang disyorkan dan mengemaskinikan maklumat terkini mengenai pengumpulan dana dan pemberian dana kepada saudara Azhar didalam nota kempen ini.

Sekiranya ada lebih kami akan menyalurkan terus kepadanya untuk pembelian makanan haiwan dan kos perubatan sekiranya ada.

Untuk mengikuti kisah Azhar, anda juga boleh ke blognya iaitu https://rezekikucing.blogspot.com/

Sekiranya ada sebarang pertanyaan, boleh juga menghubungi kami di hello@hanafundme.com.

Sekian, terima kasih.

Rewards

RM10.00

Terima kasih atas bantuan anda.

April, 2020

Estimated Delivery
Campaign already completed.
11 backers
189 rewards left

RM20.00

Terima kasih atas bantuan anda.

April, 2020

Estimated Delivery
Campaign already completed.
4 backers
246 rewards left

RM30.00

Terima kasih atas bantuan anda.

April, 2020

Estimated Delivery
Campaign already completed.
7 backers
193 rewards left

RM50.00

Terima kasih atas bantuan anda.

April, 2020

Estimated Delivery
Campaign already completed.
8 backers
92 rewards left

RM100.00

Terima kasih atas bantuan anda.

April, 2020

Estimated Delivery
Campaign already completed.
6 backers
44 rewards left
  • 2020-03-23

    Working Together With Bulu Bulu Initiative For Covid-19 to help Azhar Campaign.

    An initiative started by Petotum, to feed stray cats and dogs during Covid-19 due to RMO. We have linked them to work together with Azhar in this time of need. They have agreed to assist us to rope in more supporters to help meet the objective of Azhar campaign.

    ======================================

    Inisiatif yang dimulakan oleh Petotum, untuk memberi makan kucing dan anjing jalanan semasa Covid-19 kerana RMO. Kami telah menghubungkan Bulu Bulu Initiative untuk bekerjasama dengan Azhar kerana misi mereka adalah sama. Mereka telah bersetuju untuk kongsikan kempen Azhar untuk membantunya mencapai matlamat. Kami amat berharap lebih ramai lagi tahu akan kisah Azhar dan menyokong kempen ini.

  • 2020-03-23

    Jauh lagi perjalanan ini.

    Kami masih memerlukan RM4,620 lagi untuk mencapai sasaran target. Kami amat berharap sekiranya kempen ini boleh dikongsi beramai-ramai agar kami dapat membantu Azhar.

  • 2020-03-25

    RM4110 to go.

    We roped in Bulu-Bulu Initiative for Covid19 team into this campaign and look forward to see both Azhar and them work together in this challenging time. If you have spare please help both if you can.

  • 2020-04-10

    RM3760 to go.

    Yes thats right RM3,760 more before Azhar can get his new bike. He only asks for a normal (kapchai) bike to make it easier for him to do his rounds and feed the strays at RR and Highways. If you have a spare of RM10, RM30, RM50 do help out and dont forget to share this campaign with others. Thank you!

  • 2020-04-15

    RM3325 to go

    We have less than 15 days to go now and if only each donates the following, we will meet our target in no time:

    IF 33 people donates RM100 we will meet target.

    OR IF 66 people donates RM50 we will meet target.

    OR IF 133 people donates RM25 we will meet target.

    OR IF 332 people donates RM10 we will meet target.

    Of course, the smaller the number, the longer it takes for us to meet the target.

    Give generously if you can. Thank you.

  • 2020-04-15

    Kurang dari 15 hari lagi.

    Azhar memerlukan motosikal (motosikal lama dibeli pada tahun 2006) yang baru untuk membantunya bergerak ke tempat2 perhentian RR dan lebuhraya memberi makan kucing2 jalanan yang ditinggalkan oleh tuan/puan yang tidak bertanggung jawab.

    Kita mempunyai kurang dari 15 hari lagi untuk mencapai sasaran kempen JOM BANTU AZHAR. Sekiranya kita semua sepakat untuk membantu, dengan izin tuhan kita tentu akan mencapai sasaran dalam masa yang singkat:

    Sekiranya ada:

    33 orang menyumbang RM100, kita akan mencapai sasaran.
    JIKA ada 66 orang menyumbang RM50, kita akan mencapai sasaran.
    JIKA ada 133 orang menderma RM25 kita akan mencapai sasaran.
    JIKA ada 332 orang menderma RM10 kita akan mencapai sasaran.

    Semakin kecil jumlah pemberian maka semakin lamalah kita dapat mencapai sasaran.

    Berilah dengan murah hati jika anda mampu. Sekian, terima kasih.

  • 2020-04-27

    THANK YOU TO ALL OF YOU.

    With your help, love and support. We have completed our mission in helping Azhar raising the funds required to get him a new bike! We never thought we could achieve this feat but we DID IT! Thank you to the good samaritan that pushes the last extra mile and help Azhar.

    That is not all, our job is still NOT DONE yet. MCO or PKP is still on going and we have yet to collect the bike for him. Once MCO is lifted, we will be going with Azhar to collect his new bike and will be sharing this information on our Hanafundme Facebook and blog soon! Do lookout for it.

    This mission by far is one of our most inspiring and we hope to see more people using this platform for meaningful missions and causes.

  • 2020-04-27

    Masih nak bantu Azhar?

    Walaupun kempen ini sudah pun mencecah target yang diperlukan, anda BOLEH lagi terus membantu Azhar sepanjang PKP ini. Semua dana yang di perolehi akan diberikan kepada Azhar untuk membantu dia dan keluarganya, dan kerja amal yang masih lagi dilakukannya sepanjang tempoh PKP.

    Sila hubungi kami di hello@hanafundme.com sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan. Terima Kasih!

Name Donate Amount Date
Anonymous RM3,200.00 April 21, 2020
Anonymous RM30.00 April 20, 2020
Anonymous RM10.00 April 17, 2020
Anonymous RM10.00 April 17, 2020
Anonymous RM10.00 April 17, 2020
Anonymous RM50.00 April 16, 2020
Anonymous RM10.00 April 16, 2020
Anonymous RM20.00 April 16, 2020
Anonymous RM100.00 April 14, 2020
Anonymous RM50.00 April 13, 2020
Anonymous RM100.00 April 13, 2020
Anonymous RM50.00 April 13, 2020
Anonymous RM10.00 April 12, 2020
Anonymous RM20.00 April 12, 2020
Anonymous RM30.00 April 11, 2020
Anonymous RM30.00 April 11, 2020
Anonymous RM30.00 April 10, 2020
Anonymous RM100.00 April 08, 2020
Anonymous RM30.00 April 07, 2020
Anonymous RM200.00 April 06, 2020
Anonymous RM10.00 April 06, 2020
Anonymous RM10.00 April 06, 2020
Anonymous RM10.00 April 06, 2020
Anonymous RM500.00 April 06, 2020
Anonymous RM20.00 April 05, 2020
Anonymous RM50.00 April 03, 2020
Anonymous RM10.00 April 02, 2020
Anonymous RM30.00 April 01, 2020
Anonymous RM20.00 April 01, 2020
Anonymous RM30.00 April 01, 2020
Anonymous RM50.00 April 01, 2020
Anonymous RM10.00 April 01, 2020
Anonymous RM50.00 April 01, 2020
Anonymous RM10.00 April 01, 2020
Anonymous RM50.00 April 01, 2020
Anonymous RM50.00 March 31, 2020

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Jom bantu Azhar: Motosikal diperlukan untuk kerja amal kepada haiwan jalanan”

Your email address will not be published. Required fields are marked *